Jarak
arka
Jarak arka
ialah jarak di antara hujung arka dengan logam yang dikimpal. Jarak ini boleh
menentukan haba yang dihasilkan semasa proses kimpalan. Jarak arka yang panjang
mengurangkan penembusan, manakala jarak arka yang terlalu pendek akan
menyebabkan elektrod melekat pada logam asas.
Gambarajah
1: Jarak arka dengan logam
Voltan
arka
Voltan arka ialah voltan yang
disukat semasa arka kimpalan terjadi. Voltan arka yang digunakan bergantung
pada salut atau bahan lakur,garispusat elektrod dan jenis dawai elektrod.
Arus
kimpalan
Arus ini merupakan konduksi arus elektrod sebenar. Dengan melaraskan
pelaras yang ada pada mesin kimpalan, arus boleh dipilih, supaya sesuai dengan
pergerakan elektrod dan juga jenis kimpalan yang dikehendaki. Penyelarasan arus
berubah mengikut saiz elektrod dan kedudukan mengimpal.
Sudut
elektrod
Sudut elektrod ialah sudut di antara elektrod dengan permukaan logam.
Setiap kedudukan mengimpal berlainan sudut elektrodnya.
Gambarajah 2 : menunjukkan sudut elektrod
Kelajuan
mengimpal
Kelajuan mengimpal ialah kelajuan elektrod
semasa kimpalan sedang dijalankan. Semasa mengimpal kelajuan mengimpal
hendaklah seragam untuk mendapat kimpalan yang bermutu.
Cara
memulakan dan memberhentikan arka
Sebelum mengimpal, logam asas yang hendak
dikimpal perlulah dibersihkan menggunakan berus dawai atau cotton waste
daripada segala kotoran seperti minyak,cat,karat dan sebagainya. Letakkan logam
di atas meja kerja. Arus elektrik kimpalan hendaklah dilaraskan kepada 120A
bagi penggunaan elektrod E 6013 bersaiz 3.2mm Ø. Kedudukan pengimpal hendaklah
berada dalam keadaan yang selesa, contohnya buka kaki separuh langkak dan
lembutkan badan bagi memudahkan membuat kerja. Pemegang elektrod digunakan
untuk memegang bahagian hujung elektrod yang tidak bersalut. Pastikan plat bumi
pun dipasangkan.
Dua cara boleh digunakan untuk memulakan
arka:
(a) Mengetuk
Ketuk permukaan logam
perlahan-lahan dengan hujung elektrod. Ini akan member kelegaan sebanyak
2mm-3mm di antara hujung elektrod dan logam asas dan seterusnya akan
menghasilkan arka.
(b) Menguris
Guriskan hujung elektrod pada
permukaan logam( seperi mengguris mancis ). Cara
ini dapat mengekalkan kelegaan
2mm-3mm di antara hujung elektrod dan permukaan
logam asas, seterusnya akan
menghasilkan arka.
terima kasih atas maklumat,,akan digunakan sebaik mungkin,sekali lagi terima kasih :)
BalasPadam